Home Politik Hishammuddin sahkan jumpa Tun M semalam

Hishammuddin sahkan jumpa Tun M semalam

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan telah berjumpa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam.

Memetik laporan Utusan Malaysia hari ini, Hishammuddin yang juga merupakan bekas Naib Presiden UMNO walau bagaimanapun berkata, pertemuan tersebut hanya untuk mendengar rancangan Perdana Menteri untuk masa depan bangsa dan negara.

“Itu sahaja yang dibincangkan, tiada soal lain. Menjawab dakwaan kononnya akan keluar parti, bagi saya tiada sebab untuk keluar UMNO sekarang.

“Tetapi bagi saya kepemimpinan perlu tunjuk hala tuju yang jelas kepada semua ahli-ahli UMNO untuk elak lebih ramai keluar parti,” katanya.

Pertemuan tersebut didedahkan oleh Penasihat Media Mahathir, Datuk A. Kadir Jasin menerusi status yang dimuat naik di laman Facebook milik beliau.

Related Articles

Leave a Reply