Home SemasaGlobal Pesawat IL-20 milik Rusia terputus hubungan

Pesawat IL-20 milik Rusia terputus hubungan

by Noor Sheila Amin

KAHERAH, 18 Sep – Tiada lagi maklumat berhubung kejadian dimana sebuah pesawat IL-20 milik Rusia terputus hubungan berhampiran pangkalan udara Hmeimim, Syria, lapor stesen TV rasmi negara itu, Ikhbariya TV hari ini.

Di dalam satu kenyataan, pihak Russia berkata pihaknya terputus hubungan pesawat IL-20 yang membawa bersama 14 orang anggota berhampiran pangkalan udara Hmeimim, Syria, lapor stesen TV rasmi negara itu, Ikhbariya TV hari ini.

Terdahulu, stesen penyiar itu melaporkan mengenai peluru berpandu yang dilancarkan dari laut ke arah beberapa lokasi di bandar pesisir pantai Latakia.

Difahamkan peluru berpandu itu berjaya dipintas oleh pihak pertahanan udara dan setakat ini tiada maklumat lanjut berhubung kejadian diperoleh.

Related Articles

Leave a Reply