Home SemasaGlobal 6 cedera, letupan saluran paip gas

6 cedera, letupan saluran paip gas

by Noor Sheila Amin

ANDOVER, Massachusetts, 14 Sep – Sekurang-kurangnya enam orang cedera dan menyebabkan pemindahan beratus-ratus penduduk dalam  letupan yang dicetuskan oleh paip gas asli yang pecah telah  menggegarkan tiga komuniti berhampiran Boston semalam.

Ledakan itu menyebabkan banyak rumah dan bangunan dijilat api ketika beberapa anggota bomba dari 50 jabatan dikerah ke kawasan tersebut untuk menutup gas dan elektrik di kawasan itu untuk mengelakkan kebakaran yang lebih teruk.

Penyiasat kebakaran memaklumkan  “over-pressurization of gas main” adalah punca berlakunya letupan paip gas milik Columbia Gas of Massachusetts yang membawa kepada siri ledakan dan kebakaran, kata Ketua Pemadam Kebakaran Andover Michael Mansfield pada sidang akhbar.

Columbia Gas, unit NiSource Inc (NI.N), telah mengumumkan bahawa ia akan menaik taraf garisan gas di kawasan kejiranan di seluruh negeri, termasuk kawasan di mana letupan berlaku. Tetapi ia tidak mengetahui sama ada terdapat sebarang kerja baikpulih sedang dilakukan di komuniti tersebut pada masa itu.

“Columbia Gas sedang menyiasat apa yang berlaku pada sistemnya hari ini,” kata jurucakap NiSource, Ken Stammen.

Talian Jabatan Pengangkutan Udara A.S. dan Pentadbiran Keselamatan Bahan Berbahaya (PHMSA) mengatakan ia menghantar satu pasukan untuk menyokong usaha tindak balas kecemasan negara.

Sekurang-kurangnya tiga orang, termasuk seorang ahli bomba, cedera di Andover, kata bandar itu dalam satu kenyataan. Enam orang telah dirawat di Hospital Umum Lawrence.

Affiliate Boston CBS News melaporkan bahawa dua daripada enam pesakit di hospital Lawrence berada dalam keadaan kritikal.

Related Articles

Leave a Reply