Home PolitikPakatan Harapan Anwar sah bertanding di Parlimen Port Dickson

Anwar sah bertanding di Parlimen Port Dickson

by Air Times News Network

PETALING JAYA, 12 Sept – Teka-teki kerusi yang akan ditandingi Datuk Seri Anwar Ibrahim terjawab apabila Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bakal bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson menerusi pilihan raya kecil (PRK).

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata, ramai wakil rakyat parti itu menawarkan kerusi kepada Anwar selepas beliau menyatakan hasrat mahu kembali aktif sebagai ahli Parlimen ketika kempen PRK Sungai Kandis minggu lalu.

“Anwar telah mengambil semua pertimbangan sebelum memilih Port Dickson.

“Saya percaya ia dibuat atas satu kebebasan bagi menjayakan segala perancangan yang kita susun” jelasnya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR pada Rabu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah turut mengumumkan perletakan jawatnya bagi memberi laluan kepada Anwar.

Sebagai rekod, Danyal Balagopal merupkan wakil tunggal parti berkenaan yang memenangi kerusi P132 apabila mendapat 36,225 undi dengan majoriti 17,110.

Related Articles

Leave a Reply