Home Semasa Kes Ketua agensi perisikan, biar SPRM siasat – Najib

Kes Ketua agensi perisikan, biar SPRM siasat – Najib

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Datuk Seri Najib Razak hari ini menjarakkan dirinya daripada kes melibatkan bos agensi perisikan yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kata bekas perdana menteri dan presiden Umno itu, terserah kepada Datuk Hasanah Abdul Hamid dan peguam pengarah Pertubuhan Perisikan Luaran Malaysia (MEIO) itu untuk menyelesaikan kes yang dihadapinya sekarang.

Pada masa sama Najib berkata beliau berharap SPRM dibiarkan menjalankan siasatan mengenai kes berkenaan seperti yang sepatutnya.

“Biar SPRM siasat, biar dia deal (berurusan) dengan peguam dia,” katanya ringkas kepada media hari ini.

Terdahulu Najib bersama isteri Rosmah Mansor menghadiri majlis ‘berkelah’ di Taman Botani Kuala Lumpur sempena cuti Hari Kebangsaan.

Untuk rekod sambutan rasmi Hari Kebangsaan kali ini tidak diadakan di Kuala Lumpur sebaliknya di pusat pentadbiran negara di Putrajaya.

Najib ditanya media mengenai penangkapan Hasanah yang sebelum ini mengetuai MEIO dan agensi itu berada di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Bekas pengarah MEIO itu ditahan bersama tujuh pegawai lain bagi membantu siasatan SPRM berhubung dana bernilai berjuta-juta dolar AS yang dibawa masuk ke negara ini menjelang pilihan raya umum (PRU) lalu.

Hasanah berkhidmat sebagai pengarah ketika Najib menjadi perdana menteri. Dia ditahan reman oleh SPRM sejak 29 Ogos selepas agensi antirasuah berkenaan menangkap bekas timbalannya dan enam kakitangan lain.

Undang-undang negara mensyaratkan wang bernilai AS$10,000 atau lebih yang mahu dibawa masuk ke negara ini mestilah diisytiharkan.

Related Articles

Leave a Reply