Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera musnahkan hasrat PATI berkerja di Malaysia

Tentera musnahkan hasrat PATI berkerja di Malaysia

by Nurulhuda

TEBEDU, 30 Ogos – Pihak tentera dari Rejimen Ke-4 Kor Armor Diraja telah menahan seorang PATI yang memasuki sempadan Malaysia semalam.

Pada jam 3.15 petang, 5 anggota tentera yang sedang melaksanakan rondaan telah menahan seorang lelaki yang menggunakan lorong tikus berhampiran kawasan Kompleks ICQ  Tebedu.

Hasil pemeriksaan lelaki yang berusia 20 tahun tersebut merupakan warganegara Indonesia dan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah untuk memasuki negara ini.

PATI tersebut didapati memasuki negara ini untuk berkerja di sebuah ladang berhampiran kawasan tersebut dengan bayaran upah RM50 sehari.

Pihak tentera seterusnya membuat Laporan Polis dan menyerahkan PATI tersebut di Balai Polis Terbedu pada hari yang sama.

Related Articles

Leave a Reply