Tegas kementerian itu, Petronas dan Shell masih lagi merupakan pembekal minyak petrol dan diesel semenjak 1997 untuk kegunaan kenderaan kerajaan.

“Pelantikan ini dibuat secara pentadbiran kerana ia adalah berkaitan dengan urusan operasi dan tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.

“Melalui kelulusan ini, kerajaan memperoleh lebih banyak pilihan di antara Petronas, Shell dan Petron dan dapat membuka peluang serta persaingan yang sihat dalam kalangan pembekal minyak petrol dan diesel,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu lagi, kerajaan juga tidak menghadkan jumlah pembekal di mana pembekal lain yang berwibawa dan mempunyai jaringan stesen di seluruh negara boleh memohon.

Hari ini tular di media sosial mengenai pelantikan syarikat Petron yang dikaitkan dengan anak Perdana Menteri, Datuk Mokhzani Tun Mahathir  sebagai pembekal minyak petrol dan diesel untuk kenderaan kerajaan.