Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, Malaysia tetap memerlukan undang-undang untuk menentang pengganas dan kumpulan jenayah terancang meskipun SOSMA dimansuhkan kerana ancaman sentiasa mengintai peluang menjadikan negara sebagai sasaran.

“Kita tidak boleh membiarkan situasi di mana pengganas atau gengster dalam tahanan mula membuat permintaan atau ugutan dan pihak berkuasa pula perlu menurutinya atas nama Malaysia baharu, hak asasi dan demokrasi.

“Hak masyarakat terhadap keselamatan adalah melebihi hak pengganas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan 160 tahanan SOSMA yang mengadakan mogok lapar bagi mendesak kerajaan memberi kata putus terhadap pemansuhan akta berkenaan.