Home Pertahanan dan Keselamatan Pegawai pengiring hanya sementara – Hishammuddin

Pegawai pengiring hanya sementara – Hishammuddin

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberitahu, anggota pasukan khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang didakwa masih menjadi pegawai pengiringnya hanya berkhidmat untuk sementara waktu.

Hishammuddin berkata, anggota tentera berkenaan rapat dengan beliau serta keluarga dan telah berkhidmat dengannya sejak sekian lama.

“Mereka dengan saya hanya sementara. Saya telah menawarkan kerja tetapi jika mereka terima, mereka harus berhenti daripada ATM serta-merta,” katanya dalam status Twitter, hari ini.

 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang mengarahkan siasatan segera dibuat berhubung dakwaan tiga anggota khas ATM yang masih berkhidmat dengan Hishammuddin.

“Saya telah mengarahkan siasatan segera dibuat dan tindakan sewajarnya akan diambil jika terdapat sebarang pelanggaran terhadap amalan dan peraturan sedia ada,” katanya.

Terdahulu, portal Malaysiakini melaporkan, dua anggota Pasukan Khas Laut (Paskal) dan seorang komando masih menjadi pengiring Hishammuddin walaupun setelah tidak lagi memegang portfolio Menteri Pertahanan berikutan kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Related Articles

Leave a Reply