Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat komited teruskan Land Malphi masa hadapan

Tentera Darat komited teruskan Land Malphi masa hadapan

by Air Times News Network

IPOH, 17 Ogos – “Tentera Darat (TD) sentiasa komited meneruskan  Latihan Tentera Malaysia-Filipina (Land Malphi) pada masa depan,” kata Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Leftenan Jeneral Datuk Azizan Md Delin.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa komited meneruskan latihan dua hala bersama Tentera Darat Filipina (TDF) bagi berkongsi taktik, teknik dan kaedah terbaik dalam merealisasikan keamanan serantau.

Katanya, senario eksesais menggunakan sistem ‘Battle Tek IV’ yang diselaraskan Pusat Olah Perang TDM di kawasan bandar dan penempatan penduduk di sekitar kawasan Sungai Siput ialah bagi membolehkan anggota dan pegawai terlibat melaksanakan operasi dalam situasi sebenar peperangan dalam bandar.

“Land Malphi ini berjaya meningkatkan daya kepimpinan di peringkat pemerintahan serta kawalan keanggotaan dalam menghadapi ruang konflik yang disimulasikan sepanjang eksesais ini dilaksanakan.

“Eksesais itu dijalankan dalam tiga fasa iaitu ‘Cross Training Exercise’, ‘Bn Staffex’ dan ‘Command Post Exersice’,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan berkenaan di Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu DiRaja, Kem Gua Permai di sini semalam.

Turut hadir Ketua Umum Angkatan Darat Filipina, Leftenan Jeneral Rolando Joselito Delizo Bautista serta Panglima 2 Briged, Brigadier Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar.

Eksesais Land Malphi siri 19 melibatkan 80 pegawai dan anggota dari kedua-dua negara dilaksanakan selama 14 hari bermula 5 Ogos lalu. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply