Home Semasa Pembantu politik Menteri Pertahanan disiasat SPRM

Pembantu politik Menteri Pertahanan disiasat SPRM

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Pembantu politik Menteri Pertahanan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didakwa menerima wang berjumlah RM800,000 daripada beberapa pihak untuk membantu menyelesaikan hutangnya sekali gus dikeluarkan daripada status muflis.

Menurut sumber, pembantu tersebut dikatakan telah diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi kira-kira empat tahun lalu namun pada penghujung Mei lalu, beberapa transaksi bayaran dimasukkan ke dalam akaun jabatan itu oleh beberapa pihak.

Ujar sumber, dipercayai bahawa transaksi tersebut dibayar kepada jabatan itu untuk menyelesaikan hutangnya.

“Bayaran itu didakwa dibuat beberapa hari selepas Mohamad Sabu mengangkat sumpah sebagai Menteri Pertahanan,” katanya, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut namun enggan mengulas lanjut. 

Related Articles

Leave a Reply