Home PolitikPakatan Harapan BERSATU lengkapkan 31 bahagian Sarawak – Johan

BERSATU lengkapkan 31 bahagian Sarawak – Johan

by Air Times News Network

KUCHING, 11 Ogos – Penubuhan semua 31 bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Sarawak dijangka selesai minggu depan.

Pengerusi Penaja BERSATU Sarawak Bahagian Stampin, Johan Mohamad, berkata setakat ini, sebanyak 21 bahagian sudah mengemukakan borang penubuhan kepada BERSATU Pusat, sempena mesyuarat Majlis Kepemimpinan Tertinggi parti itu di Yayasan Selangor, kelmarin.

“Ketika ini, cuma tinggal 10 bahagian belum menubuhkan jawatankuasa protem. Mungkin minggu depan, semua 31 bahagian BERSATU dapat ditubuhkan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Johan berkata, setakat ini kira-kira 12,500 orang mendaftar sebagai ahli BERSATU Sarawak.

Justeru, beliau yakin sasaran jumlah keahlian 30,000 orang akan dicapai apabila semua 31 bahagian ditubuhkan.

Semalam, Perdana Menteri yang juga Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata parti itu mendapat sambutan hangat di Sarawak dengan keahlian terkini di bumi Kenyalang itu sudah mencecah 30,000 orang.

Berikutan itu, katanya, pihaknya sedang dalam usaha untuk melancarkan BERSATU di negeri ini.

Related Articles

Leave a Reply