Home Pertahanan dan Keselamatan 1 Divisyen anjur program derma darah

1 Divisyen anjur program derma darah

by Noor Sheila Amin

Kuching, 6 Ogos – Sempena Hari Ulang Tahun 1 Divisyen ke – 52, satu program Derma Darah telah diadakan dengan usaha sama Unit Tabung Darah Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi membantu menampung keperluan bekalan tabung darah hospital.

Seramai 25 Pegawai, 200 anggota lain-lain pangkat (LLP) dan Ahli BAKAT dibawah naungan 1 Divisyen turut serta dalam Program Derma Darah Peringkat 1 Divisyen bertempat di Dewan Serbaguna Kem Muara Tuang, hari ini.

Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Dato’ Toh Choon Siang  telah menyerahkan beg darah kepada Dr Wong Yi Shen, Pakar Perubatan Transfusi, Unit Transfusi dan Bank Darah HUS sebagai simbolik sumbangan bakti warga 1 Divisyen kepada Unit Tabung Darah HUS.

“Ini adalah satu program komuniti yang dilaksanakan oleh pihak tentera bagi membantu masyarakat selain melaksanakan operasi dan latihan ketenteraan”, katanya.

“Pihak tentera sentiasa bersedia untuk memberi bantuan kepada pihak hospital yang memerlukan bantuan darah pada bila-bila masa yang diperlukan,” ujarnya lagi.

Kempen derma darah yang dimulakan sejak awal pagi ini berjaya mengumpul sebanyak 62 beg darah sepanjang acara berlangsung mulai jam 8 pagi hingga 2 petang.

Related Articles

Leave a Reply