Borang pencalonannya dihantar kira-kira 11.30 pagi ini.

Borang pencalonan dari Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bagi Pemilihan PKR 2018

Sementara itu, Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh menghantar borang pencalonan untuk bertanding jawatan Ketua Wanita kira-kira 12 tengah hari.

Menurut Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Ismail Yusof sehingga tengah hari ini, dua borang pencalonan bagi jawatan Naib Presiden diterima iaitu daripada Ahli Parlimen Selayang, William Leong dan bekas ahli majlis, Majlis Perbandaran Subang Jaya, Micheal Tamil.

Sebanyak 22 borang pencalonan diterima bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang menawarkan 20 jawatan. – Bernama