Home Pertahanan dan Keselamatan ‘Send Off’ 16 rangka anggota tentera New Zealand penuh istiadat

‘Send Off’ 16 rangka anggota tentera New Zealand penuh istiadat

by Noor Sheila Amin

MELAKA, 1 Ogos – Sebanyak 16 rangka anggota tentera New Zealand di Perkuburan Perang Komanwel (CWG), Kem Terendak, Sungai Udang akan dihantar pulang pada 28 Ogos nanti.

Satu upacara penuh istiadat perhormatan terakhir sempena ‘Send-Off’ kesemua rangka terbabit dari Kem Terendak ke Kem Wardieburn, Kuala Lumpur diadakan pada tengah hari ini.

Seramai 300 anggota dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan wakil dari Kementerian Kesihatan menghadiri upacara tersebut sebagai simbolik penghormatan pihak ATM kepada anggota tentera New Zealand yang telah dikebumikan di CWG dari 1964 hingga 1969.

Upacara Istiadat berkenaan diketuai oleh seorang pegawai dan 36 anggota lain-lain pangkat daripada Batalion ke-8 Rejimen Renjer Diraja (Para).

Proses ekskavasi rangka anggota tentera New Zealand di Melaka telah bermula pada 3 Julai sehingga 26 Julai 2018. Kerja-kerja ekskavasi, analisis forensik, reconciliation process dan identification board di Terendak diketuai oleh Mejar Jeneral Dato’ Dr Mohd Ilham bin Haron melibatkan seramai 112 petugas dari ATM, 110 petugas dari Agensi Kerajaan serta universiti tempatan bersama 29 petugas dari New Zealand.

Kesemua keranda tersebut akan ditempatkan sementara di Dewan Wardieburn, Kem Wardieburn, Kuala Lumpur sebelum diserahkan kepada Kerajaan New Zealand pada 20 Ogos 2018 dalam Upacara Rasmi Penyerahan 28 rangka anggota tentera New Zealand (Op Te Auraki) daripada kerajaan Malaysia kepada kerajaan New Zealand di Kompleks Bunga Raya, Kuala Lumpur.

Turut hadir memberi penghormatan ialah Panglima 10 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Komander Artileri 3 Divisyen Brigedier Jeneral Ahmad Abu Bakar dan wakil dari Tentera New Zealand, Group Captain Carl Nixon.

Related Articles

Leave a Reply