Home Pertahanan dan Keselamatan 14 Sukhoi tidak boleh terbang – Menteri Pertahanan

14 Sukhoi tidak boleh terbang – Menteri Pertahanan

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Hanya empat dari 28 pesawat pejuang buatan Rusia miliki Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mampu terbang, kata Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Beliau berkata, TUDM mempunyai 18 pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM dan 10 buah MiG-29N buatan Russia.
“Hanya empat daripada pesawat mampu terbang dengan baik dan baki 14 masih dalam pembaikan,” katanya.

Dalam jawapannya semasa usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Rakyat semalam, Mohamed Sabu turut berkata, TUDM tidak mampu menyelenggarakan pesawat pejuang dengan baik.

Menurut beliau, Kementerian Pertahanan telah menamatkan perkhidmatan kontraktor yang terlibat dengan pentadbiran terdahulu dan sedang mencari penggantinya dengan kontraktor tempatan.

Su-30MKM merupakan varian eksport Su-30MK dan mula diterima oleh TUDM pada tahun 2007. MiG-29N merupakan jet pejuang pemintas yang telah berkhidmat dalam TUDM semenjak 1995.

Related Articles

Leave a Reply