“Perjuangan rakyat dengan komunis itu susahlah kita hendak masukkan (dalam buku sejarah). Kalau perjuangan rakyat untuk mencapai kemerdekaan itu soal lain.

“Ada perjuangan rakyat untuk mencapai kemerdekaan dicop sebagai perjuangan komunis seperti perjuangan Dr. Burhanuddin Helmi, Ibrahim Yaacob dan Pak Sako (Ishak Muhammad).

“Saya tidak fikir mereka ini menganut ideologi komunis. Itu yang kita kena bezakan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.

Beliau mengulas mengenai forum bertajuk ‘Perlukah Kita Menulis Semula Buku Sejarah?’ yang dianjurkan ‘Imagined Malaysia’ bagi membincangkan peranan komunis sebagai pejuang kemerdekaan dan sama ada pihak kerajaan perlu mengubah sejarah zaman darurat.

Dalam forum tersebut, beberapa panelis menggesa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menilai semula buku teks sejarah dan memasukkan fakta mengenai perjuangan kemerdekaan puak berhaluan kiri dalam naskah rujukan utama pelajar sekolah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa menyifatkan cadangan panelis forum terbabit hanyalah pandangan pihak berkenaan semata-mata.

“Sekiranya ia serius, kerajaan akan membuat keputusan dengan menilai sama ada perkara itu membabitkan kepentingan nasional atau sebaliknya,” katanya. – Bernama