KUALA LUMPUR, 29 Jul – Forum Should We Rewrite Our History Book? (Perlukah Kita Menulis Semula Buku Sejarah?) tegang apabila dua panelisnya enggan menjawab dengan tepat persoalan rasional kenapa kandungan buku-buku sejarah sekolah menengah perlu dinilai semula dengan memasukkan sejarah perjuangan pihak berhaluan kiri dalam naskhah-naskhah tersebut.
Ketegangan berlaku apabila beberapa hadirin melemparkan dan menuntut panelis, Fahmi Reza dan Fadiah Nadwa memberikan kewajaran untuk memasukkan fakta-fakta berkaitan perjuangan pendukung fahaman komunis ketika era sebelum merdeka di dalam buku-buku teks sekolah.
Soalan-soalan tersebut ditujukan pada sesi soal jawab forum yang diadakan sempena pameran A People’s History of Malayan Emergency yang dianjurkan oleh Persatuan Persahabatan Berpanjangan Kuala Lumpur-Selangor dan Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur-Selangor.