Home SemasaGlobal Ronaldo beri Euro 20,000 sebagai tips di Greece

Ronaldo beri Euro 20,000 sebagai tips di Greece

by Air Times News Network

Athens, 27 Jul – Cristiano Ronaldo telah memberikan sejumlah tips yang amat besar kepada kakitangan pusat peranginan eksklusif, Costa Navarino Resort dalam satu percutiannya  di Peloponnese barat baru-baru ini.

Memetik laporan agensi berita The Sun UK yang disiarkan pada 18 Julai lalu, Tips tersebut adalah sebagai satu pengiktirafan darinya atas layanan yang baik dari kakitangan pusat peranginan tersebut. Ianya dibahagikan sama rata di kalangan sepuluh kakitangan terlibat yang masing-masing menerima Euro 2,000 (RM 9,447.65).  Ianya diberikan sebagai satu penghormatan kepada mereka yang telah ditugaskan memberi perkhidmatan kepada keluarga Ronaldo selain memastikan tiada ancaman dari paparazi penulis sukan dalam internet di Greece.

Foto dimuat naik Ronaldo menerusi akaun istagram miliknya sewaktu percutian di Greece. Foto: Instagram

Bagi kakitangan resort tersebut, pemberian itu adalah satu penghargaan dan amat berbangga atas pengalaman mereka memberi perkhidmatan kepada bintang bola sepak itu dan keluarganya. Ronaldo dikatakan telah menghabiskan 10 hari percutiannya bersama Georgina Rodriguez yang merupakan teman wanitanya, keluarga dan rakan-rakan dengan dilengkapi khidmat pembantu khas disediakan pusat peranginan tersebut sebelum terbang ke Itali bagi menyertai kelab baharunya, Juventus.

Related Articles

Leave a Reply