Home SemasaGlobal Korea Utara pindah mayat tentera AS ke Osan

Korea Utara pindah mayat tentera AS ke Osan

by Noor Sheila Amin

WASHINGTON, 27 Jul – Korea Utara memindahkan sejumlah besar mayat anggota tentera yang terbunuh dalam Perang Korea, langkah pertama Pyongyang untuk melaksanakan perjanjian yang termeterai dalam sidang kemuncak Jun lalu di Singapura.

Pemindahan itu membabitkan anggota tentera Amerika yang hilang semasa konflik tahun 1950 – 1958 itu dilihat sebagai satu pendekatan diplomatik berhemah oleh Presiden Donald Trump kerana ia adalah satu daripada perjanjian yang dicapai pada sidang kemuncak bersama ketua Korea Utara, Kim Jong Un di Singapura, 12 Jun lalu.

“Hari ini, Jong Un memenuhi sebahagian daripada komitmen dinyatakan kepada Presiden untuk memulangkan semula anggota kami yang gugur di medan perang. Kami sangat berbesar hati dengan tindakan Korea Utara dan perubahan positif ini,” kata Rumah Putih dalam satu kenyataan.

Sebuah pesawat pengangkut milik tentera AS terbang ke bandar Wonsan di timur laut Korea Utara untuk membawa pulang semua mayat itu ke pangkalan udara Osan di Korea Selatan, kata kenyataan itu lagi.

Satu istiadat sambutan rasmi akan diadakan di Osan bagi menyambut semua mayat itu.

Upcara pemindahan semua mayat berkenaan bertepatan dengan ulang tahun ke-65 perjanjian 1953 yang mengakhiri Perang Korea walaupun secara teknikalnya kedua negara masih bermusuhan antara satu sama lain.

Janji untuk memindahkan semua mayat tentera itu dilihat sebagai satu langkah baik hati diambil oleh Jong Un semasa sidang kemuncak berkenaan dan walaupun ia mengambil tempoh agak lama dari yang diharapkan AS, namun langkah terbabit membangkitkan harapan untuk perkembangan positif berhubung rundingan nuklear itu.

Related Articles

Leave a Reply