Home SemasaGlobal Serangan siber timbulkan kebimbangan Jerman

Serangan siber timbulkan kebimbangan Jerman

by Air Times News Network

Berlin, 24 Jul – Laporan tahunan yang dikeluarkan oleh Agensi Perisikan Jerman (BFV) mendakwa terdapat peningkatan ke atas serangan siber sejak tahun 2014 yang berkemungkinan dari Iran. Menurut laporan itu, Iran telah mengembangkan keupayaan serangan sibernya ke atas Jerman yang mensasarkan isntitusi penyelidikan dan agensi perisikan negara itu.

Laporan yang dikeluarkan pada hari ini oleh Menteri Dalam Negeri, Horst Seehofer dan agensi BFV, menyebut serangan  siber yang berkemungkinan berasal dari Iran dikesan sejak tahun 2014, dan mendakwa serangan tertinggi disasarkan terhadap Jerman ialah pada tahun 2017.

Terdahulu BFV telah menyenaraikan Rusia, China dan Iran sebagai “dalang utama di sebalik aktiviti penyuluhan yang diarahkan ke Jerman. Manakala laporan BFV pada tahun 2016 menyatakan, sebab utama pengintipan diarahkan ke Jerman adalah untuk menghalang pergerakan dalam dan luar Jerman selain mengumpulkan kepintaran saintifik, politik dan industri dari negara-negara Eropah. Ianya turut menegaskan bahawa, pertubuhan berkaitan perisikan Iran juga turut mensasarkan pergerakan Yahudi dan Israel di Jerman. – Reuters

 

Related Articles

Leave a Reply