Home SemasaGlobal Perjanjian temeterai antara Samoa dan China

Perjanjian temeterai antara Samoa dan China

by Noor Sheila Amin

Samoa, 24 Jul – Duta Besar China ke Samoa, Wang Xuefeng telah menandatangani perjanjian bersama Perdana Menteri Samoa, Tuilaepa Dr. Sa’ilele Malielegaoi untuk pembinaan Taman Persahabatan China-Samoa dan Pusat Kesenian dan Kebudayaan yang berlangsung di Pejabat Perdana Menteri Samoa pada Jumaat lepas.

Pembiayaan projek-projek ini adalah bantuan yang disediakan oleh bandar Huizhou, Provinsi Guangdong, China.

Menurut Tuilaepa, majlis pecah tanah untuk kedua-dua projek akan dilaksanakan pada bulan Mei tahun hadapan , “saya gembira akhirnya kami menandatangani Perjanjian untuk memformalkan Projek dan saya berharap untuk menyaksikan permulaan kerja secepat mungkin”, katanya.

Beliau berkata lagi, Samoa terus mendapat faedah yang besar daripada bantuan kerjasama pembangunan yang disediakan oleh Kerajaan China dalam menangani keperluannya, khususnya dalam meningkatkan infrastrukturnya.

“Kami mengalu-alukan pembinaan sebuah kemudahan State of Art dalam bentuk pusat Kesenian dan Kebudayaan di Malifa, begitu juga Taman Persahabatan di Eleele fou yang tidak dapat dinafikan akan menyediakan suasana pusat di Apia, yang menawarkan pelbagai kemudahan untuk orang ramai untuk menikmati aktiviti riadah luar yang juga mesra alam.

“Saya mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Duta Besar China, dan berharap untuk meneruskan hubungan rapat yang dikongsi dengan Kerajaan dan Rakyat China”, katanya lagi.

Related Articles

Leave a Reply