Home SemasaGlobal Gelombang haba Jepun, angka korban meningkat

Gelombang haba Jepun, angka korban meningkat

by Noor Sheila Amin

TOKYO: Gelombang haba luar biasa di Jepun mengorbankan sekurang-kurangnya 65 orang sejak seminggu lalu, kata pihak berkuasa, hari ini dengan agensi cuaca negara itu mengkategorikan cuaca ekstrim terbabit sebagai ‘bencana alam’.

Dalam tempoh seminggu sehingga kelmarin, sekurang-kurangnya 65 orang maut akibat strok haba, sementara 22,647 orang terpaksa dimasukkan ke hospital, menurut kenyataan Agensi Pengurusan Kebakaran dan Bencana.

Data itu adalah yang terburuk dalam rekod musim panas, sejak agensi itu mula merekodkan jumlah kematian akibat strok haba pada Julai 2008, kata jurucakap agensi kepada AFP.

Agensi Pengurusan Kebakaran dan Bencana hari ini berkata, sejumlah 80 orang maut akibat cuaca panas sejak awal Julai dan lebih 35,000 sudah dimasukkan ke hospital.

Antara yang terbunuh adalah seorang kanak-kanak lelaki enam tahun yang pengsan, ketika dalam perjalanan pulang daripada satu lawatan.

“Berdasarkan rekod, gelombang haba terus melanda negara ini, langkah segera perlu diambil untuk melindungi nyawa kanak-kanak sekolah,” kata jurucakap kanan kerajaan, Yoshihide Suga kepada pemberita, hari ini. – AFP

Related Articles

Leave a Reply