Home SemasaGlobal Daesh guna taktik Gerila

Daesh guna taktik Gerila

by Noor Sheila Amin

BAQUBA, 24 Jul – Beberapa bulan selepas Iraq mengisytiharkan kemenangan terhadap Daesh, kumpulan pengganas itu kini kembali dengan kempen serangan culik dan bunuh secara rawak.

Impian mereka menubuhkan kerajaan Kalifah di Asia Barat kini musnah, Daesh menukar strategi kepada serangan langgar dan lari bertujuan menjejaskan kerajaan di Baghdad, menurut tentera, pegawai risikan dan kerajaan yang ditemubual Reuters.

Daesh melaksanakan strategi baharu, beberapa bulan sebelum Baghdad mengumumkan bahawa ia sudah mengalahkan kumpulan itu pada Disember lalu, menurut pegawai risikan.

Katanya, anggota Daesh menggunakan teknik gerila apabila sudah tidak dapat menguasai wilayah.

Iraq kini menyaksikan peningkatan penculikan dan pembunuhan kebanyakannya di wilayah Kirkuk, Diyala dan Salahuddin, sejak pilihan raya pada Mei lalu. Keadaan itu menyebabkan kerajaan berdepan tekanan baharu daripada kumpulan yang pernah menguasai satu per tiga negara itu dengan kekejaman selama tiga tahun.

Bulan lalu, sekurang-kurangnya 83 kes penculikan, pembunuhan atau kedua-duanya dilaporkan di ketiga-tiga wilayah ini. Kebanyakan kes berlaku di lebuh raya yang menghubungkan Baghdad dengan wilayah Kirkuk.

Mei lalu, jumlah insiden seumpamanya di kawasan terbabit hanya 30 kes, sementara tujuh kes direkodkan pada Mac, menurut pakar Daesh yang menasihati kerajaan Iraq, Hisham al-Hashimi.

Related Articles

Leave a Reply