Home SemasaGlobal Pengebom berani mati sambut kepulangan Naib Presiden Afghanistan

Pengebom berani mati sambut kepulangan Naib Presiden Afghanistan

by Noor Sheila Amin

KABUL, 23 Jul – Serangan pengebom berani mati di pintu masuk lapangan terbang antarabangsa di sini, mengorbankan sekurang-kurangnya 14 orang dan mencederakan 60 yang lain ketika sekumpulan penyokong menyambut kepulangan Naib Presiden Afghanistan, Abdul Rashid Dostum selepas lebih setahun hidup dalam buangan di Turki.

Jurucakap Dostum, Bashir Ahmad Tayanj berkata, letupan kedengaran sebaik saja konvoi kenderaan pemimpin itu beredar.

Dostum bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan kerana berada dalam kereta perisai.

“Letupan kemungkinan berpunca daripada pengebom nekad,” kata jurucakap kementerian dalam negeri, Najib Danish.

Jurucakap Polis Kabul Hashmat Stanikzai berkata 14 orang terbunuh dan 60 yang lain cedera, termasuk sembilan anggota pasukan keselamatan dan polis trafik.

Menurut kumpulan pemantauan SITE, militan Daesh dilaporkan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu melalui agensi berita rasmi Amaq.

Dostum meninggalkan Afghanistan pada Mei 2017 selepas dituduh merancang pemerkosaan dan penyeksaan saingan politiknya.

Kepulangannya berlaku ketika bantahan ganas kian memuncak di beberapa wilayah di seluruh Afghanistan.

Ribuan penyokong Dostum menghalang pilihan raya, menutup pejabat kerajaan dan menyekat laluan kebanyakan lebuh raya demi menuntut pembebasan pemimpin militia pro kerajaan dan meminta Dostum kembali.

Related Articles

Leave a Reply