Home Semasa Kerajaan perkenal Dasar Perumahan Baharu – Zuraida

Kerajaan perkenal Dasar Perumahan Baharu – Zuraida

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 20 Jul – Kerajaan akan memperkenalkan Dasar Perumahan Baharu menjelang Disember ini.

Dasar itu akan mempermudah pembiayaan dan pemilikan rumah terhadap pembeli.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin berkata, perbincangan telah diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan.

“Kita sudah berbincang dengan Bank Negara, Kementerian Kewangan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), bank, syarikat perumahan, persatuan pembeli,” katanya.

Menurutnya, hasil perbincangan itu akan dirumuskan kepada dasar berkenaan.

“Insya-ALLAH ia akan dilaksanakan pada Disember ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, kementerian optimis dengan kerajaan baharu agar polisi perumahan akan berubah.

“Jadi ia akan memudahkan pembiayaan, pemilikan, konsep dan perundangan berkaitan,” katanya.

Sementara itu, Zuraida berkata, pihaknya menjangkakan harga rumah akan menurun selepas harga barang binaan seperti simen dan bata dikecualikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

“Secara ringkasnya, sekiranya barang murah, harganya kos akan turun,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply