Home Politik Waytha menteri perpaduan, Chin Tong timbalan menteri pertahanan

Waytha menteri perpaduan, Chin Tong timbalan menteri pertahanan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 17 Jul – Ketua Persatuan Hindraf P Waythamoorthy hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap perpaduan nasional dan kesejahteraan sosial di Istana Negara, di ibu negara, hari ini.

Beliau sebelum itu mengangkat sumpah sebagai seorang senator, bersama tujuh orang lain, di Dewan Negara.

Empat senator lain juga mengangkat sumpah jawatan sebagai timbalan menteri di istana, hari ini.

Mereka adalah Liew Chin Tong (DAP), Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad (AMANAH) dan dua pemimpin BERSATU, Mohd Radzi Md Jidin serta Marzuki Yahya.

Liew dilantik sebagai timbalan menteri pertahanan manakala Raja Kamarul pula sebagai timbalan menteri kerajaan tempatan dan perumahan.

Sementara itu, Radzi dilantik sebagai timbalan menteri hal ehwal ekonomi manakala Marzuki dijadikan sebagai timbalan menteri luar negara.

 

Related Articles

Leave a Reply