Home SemasaGlobal Israel bom pos kawalan Hamas

Israel bom pos kawalan Hamas

by Noor Sheila Amin

BAITULMAQDIS, 17 Jul – Sebuah pesawat Israel mengebom dua pos kawalan Hamas di Semenanjung Gaza semalam sebagai tindakan balas terhadap belon membawa bom api di pagar sempadan untuk membakar tanah pertanian Yahudi.

Serangan itu memberi isyarat maklum balas lebih tegas Israel terhadap ratusan belon dan layang-layang membawa bom api yang dilancar dari Semenanjung Gaza terkepung sejak April lalu.

Sumber keselamatan Gaza dan penduduk berkata, serangan berlaku di Beit Hanoun di utara Semenanjung Gaza, namun tidak menyebabkan kecederaan.

Tentera Israel berkata, serangan menyasar kawasan berhampiran di mana belon api dilancarkan.

Seorang jurucakap perkhidmatan bomba Israel Eli Cohen berkata, empat kebakaran bermula dalam Israel semalam berikutan bom api itu.

Katanya, jumlah itu berkurangan daripada purata 24 bom api sehari sejak kebelakangan ini.

Israel menyerang berpuluh tapak didakwa milik Hamas di Semenanjung Gaza Sabtu lalu, membunuh dua remaja Palestin, sementara 200 roket dan mortar dilepaskan ke arah Israel.

Hamas mengumumkan gencatan senjata lewat Sabtu lalu, namun Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata, bom layang-layang perlu dihentikan.

Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri berkata, ‘penjajahan Israel memburukkan lagi kerosakan akibat layang-layang dan belon bagi menjustifikasi keganasan Zionis di Gaza.’ -AFP

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!