Home Semasa Dewan Rakyat kecoh diawal persidangan

Dewan Rakyat kecoh diawal persidangan

by Noor Sheila Amin

KUALA LUMPUR, 16 Jul – Dewan Rakyat kecoh apabila Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyyudin Hassan yang meminta ‘point of order’ kerana tidak berpuas hati terhadap pelantikan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Speaker yang baharu.

Beliau mendakwa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mengikut syarat pelantikan Speaker.

Beliau menegaskan, Perdana Menteri tidak mematuhi syarat kerana tidak mengusulkan nama calon Speaker dalam tempoh 14 hari sebelum Parlimen bermula.

Kekecohan itu sekali gus mengakibatkan hampir semua ahli parlimen keluar daripada Dewan Rakyat kerana tidak berpuas hati terhadap ‘cara’ pelantikan itu.

Kelihatan hanya Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin kekal dalam Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, tindakan ‘membantah’ dan keluar dewan oleh kumpulan Ahli Parlimen pembangkang tidak memberi kesan kepada pelantikan Mohamad Ariff sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baharu.

Ketika kekecohan berlaku, Dr Mahathir tidak menghiraukan bantahan itu dan beliau terus membaca usul pelantikan Mohamad Ariff sebagai calon Speaker.

Usul itu disokong oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Mohamad Ariff terus dimasyhurkan sebagai Spekaer diikuti majlis mengangkat sumpah.

Related Articles

Leave a Reply