Home SemasaGlobal Arab Saudi pintas Peluru berpandu Houthi

Arab Saudi pintas Peluru berpandu Houthi

by Noor Sheila Amin

RIYADH, 11 Jul – Pasukan pertahanan udara Arab Saudi memintas peluru berpandu yang dilancarkan ke arah wilayah Jizan di barat daya negara itu oleh pemberontak Houthi, lapor media semalam.

Stesen televisyen al-Masirah milik Houthi melaporkan terdahulu, peluru berpandu Badr 1 mensasarkan Bandar Raya Ekonomi Jizan, lokasi syarikat Saudi Aramco membina kilang penapis minyak 400,000 tong sehari yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2019.

Tiada laporan kerosakan atau kematian dalam kejadian itu.

Houthi, yang menguasai Sanaa, membedil puluhan peluru berpandu ke negara itu sejak beberapa bulan lalu, dalam konflik tiga tahun yang dilihat sebagai pertempuran proksi antara Arab Saudi dan Iran.

Kebanyakan peluru berpandu berjaya dipintas tentera Arab Saudi.

Pasukan pakatan tentera dipimpin Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu campur tangan dalam perang di Yaman pada 2015 untuk menumbangkan Houthi dan mengembalikan semula kerajaan diiktiraf antarabangsa. – Reuters

Related Articles

Leave a Reply