Menterinya, Mohamad Sabu berkata, ketika ini peruntukan disediakan berkurangan daripada RM32 juta setahun kepada RM27 juta berikutan keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan.

“Kita mengakui berlaku kekurangan peruntukan buat masa namun akan cuba lihat dan mencari jalan, selain melihat kemampuan kewangan negara dari semasa ke semasa.

“Saya menyokong perjuangan untuk tambah peruntukan kepada Perhebat kerana memberi manfaat kepada tentera yang akan bersara nanti” katanya selepas menghadiri Konvokesyen Perhebat ke-51 di Kem Sungai Buloh dekat sini hari ini.

Dalam majlis berkenaan sebanyak 713 pesara ATM berjaya memperoleh Diploma Kemahiran Malaysia selepas mengikuti latihan peralihan Perhebat.

Yang turut hadir Panglima ATM, Tan Sri Zulkifli Zai­nal Abidin dan Pengerusi Perhebat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Abdul Aziz Ibrahim.