Home Semasa Damailah di sana, Adam Rayqal…

Damailah di sana, Adam Rayqal…

by Nurulhuda

KUALA TERENGGANU, 5 Jul – Jenazah bayi berusia lima bulan, Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ladang Tok Pelam, di Kuala Terengganu, jam 10.30 malam tadi.

Sebelum itu, jenazah bayi itu tiba di Masjid Al-Muktafi Billah Shah jam 9.53 malam untuk solat jenazah.

Jenazah Adam Rayqal dipangku datuknya, Mohd Fauzi Jusoh, 61, dan dibawa ke kawasan tanah perkuburan.

Lebih 1,000 orang hadir termasuk ibu bapa bayi malang, Farrah Madihah Othman, 28 dan Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28.

Selain ahli keluarga mangsa, penduduk setempat yang terkejut dengan kejadian tragis menimpa mangsa turut hadir memenuhi kawasan perkuburan seawal 8.30 malam.

Suasana sedih menyelubungi tanah perkuburan berkenaan sepanjang proses pengebumian bayi itu.

Terdahulu, jenazah Adam Rayqal selamat tiba di rumah datuknya, Mohd Fauzi di Taman Chendering Utama, Chendering, di sini, jam 9.25 malam.

Turut hadir di rumah keluarga datuk mangsa adalah Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Malah, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kota memasang lampu agar proses pengebumian berjalan lancar selain polis yang mengawal lalu lintas.

Semalam, Adam Rayqal dilaporkan hilang selepas pengasuhnya dikatakan tersalah serah bayi berkenaan kepada seorang lelaki yang menyamar sebagai bapanya di Kampung Nakhoda, Batu Caves, kira-kira 6.30 petang.

Bagaimanapun, polis menemui mayat bayi berkenaan disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu di rumah pengasuh terbabit, kira-kira jam 11 malam, selepas mendapati terdapat keraguan pada keterangannya.

Related Articles

Leave a Reply