Home Semasa Portugal tewas, Cavani wira Uruguay

Portugal tewas, Cavani wira Uruguay

by Air Times News Network

SOCHI, Rusia 1 Julai – Juara Eropah, Portugal gagal melayakkan diri ke suku akhir Piala Dunia FIFA 2018 selepas tewas 1-2 di tangan Uruguay pada peringkat pusingan kedua kalah mati di Stadium Fisht di sini awal pagi ini.

Edinson Cavani muncul wira Uruguay apabila menjaringkan kedua-dua gol pasukannya pada minit ke-7 dan 62 hasil gandingan mantap bersama Luis Suarez.

Cristiano Ronaldo yang memperkuatkan kesebelasan utama Portugal pula bagaimanapun agak tenggelam ditelan kekebalan benteng Uruguay yang cemerlang dan ampuh bertahan sepanjang perlawanan.

Ini menyaksikan Portugal terpaksa menggunakan pemain pertahanannya, Pepe untuk menjaringkan gol tunggal mereka pada minit ke-55.

Dengan keputusan ini, Uruguay bakal berdepan Perancis di suku akhir yang dijadual berlangsung 6 Julai ini.

Related Articles

Leave a Reply