Home Pertahanan dan Keselamatan PLKN akan dikaji semula, bukan Akta MKN

PLKN akan dikaji semula, bukan Akta MKN

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Pihak Kementerian Pertahanan hari ini menjelaskan kekeliruan laporan media berhubung isu kenyataan Menteri Pertahanan bahawa Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan dikaji semula sama ada untuk dikekalkan atau dimansuhkan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan hari ini, kajian semula yang dinyatakan oleh Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Haji Mohamad bin Sabu adalah Program Latihan Khidmat Negara; bukan Akta MKN seperti yang dilaporkan oleh media.

Menurut Kementerian pertahanan, program PLKN sedang dikaji semula dan akan diputuskan oleh kabinet dalam tempoh terdekat.

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?