Home SemasaGlobal “China tidak akan menyerah sedikit pun”

“China tidak akan menyerah sedikit pun”

by M.Daim

Beijing, 28 Jun – Presiden China, Xi Jinping bertegas bahawa China tidak akan bertindak mudah dengan menyerahkan walau seinci pun wilayah yang diwarisi dari generasi terdahulu. Beliau menyuarakan perkara tersebut kepada Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Jim Mattis.

Lawatan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, James Mattis ke China merupakan lawatan pertama sedemikian rupa semenjak 2014.

Pada masa yang sama, Xi turut menyatakan komitmen negara kuasa besar Asia itu untuk menjaga keamanan serantau.
Jim Mattis pada ketika ini sedang melaksanakan lawatan kerjanya yang pertama ke China.

Kenyataan Xi sekaligus menandakan bahawa China masih serius dalam isu hubungan antara kedua-dua negara terutamanya mengenai isu di Laut China Selatan. Selain daripada itu, kedua-dua negara telah melancarkan perang dagangan yang memberikan kesan kepada ekonomi global.

Selain daripada itu, isu Taiwan turut memberikan kesan kepada hubungan Washington-Beijing. Ini terutamanya penjualan persenjataan oleh Amerika Syarikat kepada negara pulau itu.

Walaupun menganggap sebagai sebuah negara pulau yang merdeka, China sebaliknya menganggap Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayahnya. Isu ini berkait rapat dengan Polisi Satu China (One China Policy) yang diisytiharkan pada tahun 1949, sejurus Perang Saudara di China tamat.

Pendirian China dalam isu Laut China Selatan telah menyebabkan Washington bertindak membatalkan jemputan penyertaan China dalam satu latihan ketenteraan maritim yang akan berlangsung di Hawaii, Rim of the Pacific 2018 (RIMPAC 2018).

Eksesais RIMPAC 2018 menyaksikan tindakan Amerika Syarikat menggugurkan jemputan Washington kepada Beijing untuk menyertai latihan maritim berskala besar. China sebelum ini pernah menyertai latihan tersebut di Hawaii.

Menyentuh pertemuan dengan Presiden China, Mattis menyifatkan pertemuan beliau dengan Xi Jinping adalah satu pertemuan yang positif.

Selain berjumpa dengan Presiden China, Mattis turut bertemu dengan Menteri Pertahanan China, Wei Fenghe.
Dalam pertemuan tersebut, Wei Fenghe menyatakan bahawa China dan Amerika Syarikat mampu untuk membangun secara bersama melalui dasar saling menghormati serta menggelakkan konflik daripada berlaku.

Menteri Pertahanan China, Wei Fenghe (kiri) dan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, james Mattis (kanan) memeriksa Kawalan Kehormat Utama semasa pertemuan kedua-dua pihak di Beijing.

Menurut Wei, lawatan Jim Mattis ke China adalah tepat pada masanya dan akan mempertingkatkan kerjasama antara kedua-dua negara.

Pada masa yang sama, Jim Mattis turut menjemput Wei Fenghe untuk melawat Amerika Syarikat sebagai tanda persahabatan.

#GlobalLawatan James Mattis merupakan lawatan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat yang pertama ke China selepas tahun 2014.

Related Articles

Leave a Reply