Home Pertahanan dan Keselamatan Mat Sabu tiba di Lubnan

Mat Sabu tiba di Lubnan

by M.Daim

LUBNAN, 21 Jun 2018- Menteri Pertahanan Malaysia, Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad bin Sabu telah selamat tiba di lapangan terbang Rafiq Hariri, Beirut dan disambut oleh wakil dari Kementerian Pertahanan Lubnan iaitu Brigadier Jeneral Zakhia Khoury.

Menteri Pertahanan Malaysia dalam jadual lawatan kerja rasmi beliau untuk melawat MALBATT 850-5 di Kem Ma’rakah, Selatan Lubnan. Beliau diiringi oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin; Laksama Madya Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany, Panglima Angkatan Bersama; dan Dato’ Junaidah Kamarrudin , Timbalan Ketua Setiausaha Bahagian Dasar Kementerian Pertahanan.

Rombongan dari Malaysia turut melawat ke Residensi Mohd Aznor bin Mahat, Duta Besar Malaysia ke Lubnan dan juga membuat kunjungan hormat kepada Menteri Pertahanan Lubnan iaitu Yacoub Riad Al Sarraf di pejabat beliau.

Related Articles

Leave a Reply