Home Pertahanan dan Keselamatan Mat Sabu: Penempatan tentera Malaysia di Arab Saudi akan dinilai semula

Mat Sabu: Penempatan tentera Malaysia di Arab Saudi akan dinilai semula

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Kerajaan sedang menilai semula keputusan kerajaan terdahulu yang menempatkan satu pasukan  Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Arab Saudi. Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Haji Mohamad bin Sabu menyatakan perkara tersebut dalam satu siaran akhbar yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan pada hari ini.

Penempatan ATM di Arab Saudi adalah bertujuan untuk siapsiaga membawa keluar rakyat Malaysia dari Yaman.

Dalam kenyataan tersebut, Menteri Pertahanan menyatakan kehadiran ATM di Arab Saudi secara tidak langsung menyebabkan Malaysia terperangkap dengan konflik di Timur Tengah yang sedang berlaku.

Tambah beliau, Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan dasar berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana ideologi politik kuasa-kuasa besar dunia. Malahan kerajaan Malaysia terlibat secara aktif dalam Pergerakan Negara-negara berkecuali (NAM) dan pernah mempengerusikannya.

Keputusan penempatan tersebut akan dibuat dalam masa terdekat selepas penilaian semula selesai dijalankan.

Related Articles

Leave a Reply