PUTRAJAYA, 12 Jun – Majlis Peguam Malaysia telah mengemukakan 55 cadangan kepada Jawatankuasa Pembaharuan Institusi yang diketuai Datuk K.C. Vohrah.
Antara cadangan itu adalah memansuhkan atau menghapuskan undang-undang bersifat menindas termasuk Akta Hasutan 1948, Akta Pencegahan Jenayah (POCA) dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas (Sosma) 2012.
“Kami mencadangkan pemansuhan dan penghapusan sepenuhnya akta ini. Butiran mengenainya terkandung dalam memorandum yang kami kemukakan kepada jawatankuasa itu.
“Kami mencadangkan supaya diwujudkan sebuah suruhanjaya undang-undang bebas bagi membuat kajian tentang akta baharu dan meminda akta tertentu untuk disyorkan kepada Parlimen. Kami akan menyediakan butirannya dari semasa ke semasa,” katanya.
Varughese berkata sebagai contoh, AG amat berminat untuk melihat majlis itu mengemukakan cadangan tentang pindaan terhadap Akta Profesion Guaman 1976 bagi mengukuhkan lagi kebebasan dan autonomi Majlis Peguam Malaysia dengan secepat mungkin.
Mengenai pertemuan semalam, beliau berkata ia amat berhasil dengan Thomas dan majlis itu mengemukakan syor dan cadangan selain Peguam Negara itu berharap untuk menjalinkan hubungan lebih erat dengan Majlis Peguam Malaysia termasuk berkongsi pengetahuan.
“AG menekankan tentang perlunya rundingan diadakan dengan semua pihak yang berkepentingan berhubung pembaharuan undang-undang.
“Beliau meminta Majlis Peguam Malaysia supaya memainkan peranan utama untuk menggerakkan agenda permbaharuan ini berikutan pengalaman luas majlis ini,” kata Varughese.