Home Semasa Syor mansuh Akta Hasutan, POCA dan SOSMA

Syor mansuh Akta Hasutan, POCA dan SOSMA

by M.Daim

PUTRAJAYA,  12 Jun – Majlis Peguam Malaysia telah mengemukakan 55 cadangan kepada Jawatankuasa Pembaharuan Institusi yang diketuai Datuk K.C. Vohrah.

Antara cadangan  itu adalah memansuhkan atau menghapuskan undang-undang bersifat menindas termasuk Akta Hasutan 1948, Akta Pencegahan Jenayah (POCA) dan Akta  Kesalahan  Keselamatan (Langkah-langkah Khas (Sosma) 2012.

“Kami mencadangkan pemansuhan dan penghapusan sepenuhnya akta ini. Butiran mengenainya terkandung dalam memorandum yang kami kemukakan kepada jawatankuasa itu.

“Kami mencadangkan supaya diwujudkan sebuah suruhanjaya undang-undang bebas bagi membuat kajian tentang akta baharu dan meminda  akta tertentu untuk disyorkan kepada Parlimen. Kami akan menyediakan butirannya  dari semasa ke semasa,” katanya.

​​​​​​​Varughese berkata sebagai  contoh, AG amat berminat untuk melihat majlis itu mengemukakan  cadangan tentang pindaan terhadap Akta Profesion Guaman 1976 bagi mengukuhkan lagi kebebasan dan autonomi Majlis Peguam Malaysia dengan secepat mungkin.

Mengenai pertemuan  semalam, beliau berkata ia amat berhasil dengan Thomas dan majlis itu mengemukakan syor dan cadangan selain Peguam Negara itu berharap untuk menjalinkan hubungan lebih erat dengan Majlis Peguam Malaysia termasuk berkongsi pengetahuan.

“AG menekankan tentang perlunya rundingan  diadakan dengan semua pihak yang berkepentingan berhubung pembaharuan undang-undang.

“Beliau  meminta Majlis Peguam Malaysia supaya memainkan  peranan utama untuk menggerakkan agenda permbaharuan ini berikutan pengalaman luas majlis ini,” kata Varughese.

Related Articles

Leave a Reply