Home SemasaGlobal Amerika Syarikat gantung operasi latihan F-15

Amerika Syarikat gantung operasi latihan F-15

by M.Daim

WASHINGTON, 12 Jun –  Amerika Syarikat telah menggantung penerbangan latihan F-15 selepas insiden terhempasnya jet pejuang itu semalam.

Dalam insiden yang berlaku di luar pesisir Okinawa, sebuah jet pejuang F-15C terhempas di kawasan laut dan juruterbang je tpejuang tersebut sempat menyelamatkan diri. Namun begitu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Pentagon melaporkan juruterbang tersebut mengalami kecederaan parah dan telah dihantar ke hospital.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan Jepun telah mengesa untuk penilaian semula dan penambah baikan tahap keselamatan penerbangan pesawat tentera Amerika Syarikat di negara itu.

Related Articles

Leave a Reply