Home SemasaGlobal Penaklukan Iraq oleh AS menghasilkan Daesh – Russia

Penaklukan Iraq oleh AS menghasilkan Daesh – Russia

by M.Daim

MOSKOW, 9 Jun – Pihak Rusia hari ini merumuskan kemunculan kumpulan Daesh adalah hasil daripada kesilapan Amerika yang menakluk Iraq pada tahun 2003 lalu. Perkara tersebut dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, Mejar Jeneral Igor Konashenkov.

Agensi media TASS memetik kenyataan beliau yang menyentuh persenjataan yang digunakan oleh kumpulan pengganas seperti Daesh dan Jabhat al-Nusra adalah kebanyakannya terdiri daripada persenjataan keluaran Amerika Syarikat. Daesh dan Jabhat al-Nusra telah disenaraikan sebagai organisasi pengganas oleh Rusia.

Kenyataan tersebut dibuat selepas Amerika Syarikat menuduh campur tangan Rusia menyebabkan situasi di Syria semakin meruncing.

“Kami mahu mengingatkan James Mattis bahawa kewujudan kumpulan Daesh adalah hasil daripada kesilapan Amerika Syarikat menakluk Iraq,”tegas Igor.

“Washington telah menyalurkan bantuan kewangan dan persenjataan kepada kumpulan penentang di Syria. Kebanyakan persenjataan dan peluru yang disalurkan oleh Amerika Syarikat jatuh ke tangan Jabhat al-Nusra (Al-Qaeda) dan Daesh,” kata Igor.

Beliau menuduh Amerika Syarikat sengaja berbuat demikian kerana melihat objektif kumpulan penentang di Syria adalah sama dengan Amerika Syarikat iaitu menumbangkan kerajaan Bashar Al-Assad.

 

Related Articles

Leave a Reply