Home SemasaGlobal Moqtada al-Sadr gesa peletakan senjata

Moqtada al-Sadr gesa peletakan senjata

by Noor Sheila Amin

BAGHDAD, 9 Jun – Ulama radikal Iraq, Moqtada al-Sadr, semalam menggesa kempen meletak senjata dan mengumumkan kubu kuatnya di ibu kota negara itu akan menjadi lokasi pertama melakukannya.

Gesaan dibuat dua hari selepas depo peluru meletup di situ dan meragut tiga nyawa dan mencederakan 18 lagi.

Sadr, yang memimpin blok politik menang pada pilihan raya Iraq Mei lalu, mendesak semua kumpulan bersenjata menyerangkan senjata masing-masing kepada kerajaan dan mengisytiharkan Kota Sadr di Baghdad sebagai kawasan bebas senjata lewat bulan ini.

“Semua orang perlu mematuhi arahan dan tidak menghalang inisiatif ini.

“Semua orang perlu menyerahkan senjata tanpa sebarang perbincangan kerana darah rakyat Iraq lebih berharga daripada benda lain,” katanya kepada penyokong dalam kenyataan.

Langkah itu bertujuan mengendurkan ketegangan antara Sadr dan kerajaan.

Sekurang-kurangnya 18 terbunuh dan lebih 90 lagi cedera akibat letupan depo peluru di Kota Sadr beberapa jam selepas Parlimen memberi mandat pengiraan semula undi bagi pilihan raya Mei lalu, tindakan yang dibantah Sadr.

Sadr menggesa pengikutnya bertenang selepas letupan dan mengarahkan pejabatnya menyiasat kejadian itu. – Reuters

Related Articles

Leave a Reply