Home SemasaGlobal Dokumen rahsia Tentera Laut Amerika Syarikat dicuri

Dokumen rahsia Tentera Laut Amerika Syarikat dicuri

by M.Daim

WASHINGTON, 9 Jun – Sebuah syarikat kontraktor pertahanan Amerika Syarikat mendakwa sistem komputer mereka telah diceroboh oleh penggodam dari China. Perkara tersebut didedahkan oleh pihak Pentagon selepas sejumlah besar data didalam pangkalan data syarikat tersebut telah disalin semula.

Washington Post melaporkan sebanyak 614GB (gigabait) data telah dicuri pada sekitar Januari dan Februari lalu. Antara data yang dilaporkan yang telah dicuri adalah data pembangunan peluru berpandu anti kapal yang dicadangkan untuk digunakan oleh kapal selam Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) pada tahun 2020.

Kumpulan penggodam yang didakwa berkhidmat secara terus di bawah kerajaaan China mensasarkan syarikat-syarikat pertahanan yang melaksanakan projek ketenteraan US Navy.

Selain daripada data pembangunan peluru berpandu, antara data lain yang dicuri adalah data berkaitan projek ‘Sea Dragon’, penderia, isyarat, maklumat sensitif seperti bilik radio kapal selam termasuklah data sulit dan maklumat berkaitan peperangan elektronik.

US Navy dengan kerjasama pihak Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) sedang melakukan siasatan khusus mengenai pencerobohan tersebut.

Related Articles

Leave a Reply