Home Semasa Universiti Malaya antara 100 universiti terbaik di dunia

Universiti Malaya antara 100 universiti terbaik di dunia

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 7 Jun – Universiti Malaya telah berjaya disenaraikan sebagai 100 universiti terbaik di dunia. Ini adalah menurut Laporan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2018/2019 yang dikeluarkan pada 6 Jun 2018.

Dalam senarai tersebut, Universiti Malaya (UM) adalah ditempat ke-87 dalam senarai universiti terbaik dunia. Selain daripada UM, empat lagi Universiti Awam Malaysia juga berjaya menunjukkan peningkatan yang membanggakan iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia di kedudukan ke-184 diikuti oleh Universiti Putra Malaysia di kedudukan ke-202, Universiti
Sains Malaysia di kedudukan ke-207 dan Universiti Teknologi Malaysia di kedudukan ke-228.

Universiti Sains Malaysia (USM) telah mencapai peningkatan tertinggi dengan peningkatan sebanyak 57 tempat yang menjadikan kedudukan terkini ialah di tempat ke-207.

“Kejayaan ini memberi indikasi bahawa institusi pendidikan tinggi di Malaysia telah berjaya menyediakan pendidikan tinggi yang berkualiti dan positif menuju ke arah Revolusi Industri 4.0. Ini memberi kelebihan kepada Malaysia berbanding negara-negara jiran sebagai hub pendidikan tinggi dan seterusnya menjadi destinasi pilihan untuk melanjutkan pelajaran bagi pelajar-pelajar antarabangsa,” kata Menteri Pendidikan,  Dr. Maszlee Malik.

“Saya yakin bahawa setelah kita memperkenalkan Akta baru untuk mentadbir universiti-universiti awam untuk menggantikan AUKU nanti, semua universiti kita akan menjadi lebih kompetitif hasil daripada kebebasa
akademik dan autonomi yang akan mereka perolehi,” tambah beliau lagi.

Selain dari itu, tujuh lagi institusi pendidikan tinggi tempatan (awam dan swasta) juga berjaya disenaraikan di dalam senarai ‘top 500’ QS World University Rankings, iaitu UTP, UiTM, UUM, UIAM, Sunway University,
Taylor’s University dan UCSI.

QS Quacquarelli Symonds juga melaporkan bahawa Malaysia merupakan antara negara yang menunjukkan peningkatan terbaik dalam ranking pada kali ini. Sistem pendidikan negara telah diterima sebagai bereputasi tinggi
di kalangan akademik dan majikan di peringkat antarabangsa.

Related Articles

Leave a Reply