Home SemasaGlobal Pyongyang tamat program nuklear

Pyongyang tamat program nuklear

by Noor Sheila Amin

SEOUL, 1 Jun – Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, berkata Korea Utara tidak berganjak daripada komitmen negara itu untuk menamatkan program nuklear di Semenanjung Korea.

“Kim Jong-un berkata hasrat Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK) untuk menamatkan program nuklear di Semenanjung Korea tidak berubah dan kekal konsisten,” lapor agensi berita rasmi KCNA selepas pertemuan antara Lavrov dan Jong-un di Pyongyang, semalam.

Menurut KCNA, Jong-un berharap hubungan antara Amerika Syarikat dan Korea Utara serta penamatan program nuklear di Semenanjung Korea mampu dipertingkat dan ditangani secara berperingkat.

Malah, KCNA melaporkan pemimpin Korea Utara itu berharap penyelesaian membabitkan isu berkenaan mampu diatasi menerusi dialog dan rundingan.

Dalam pada itu, menurut transkrip yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Russia, Lavrov memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi, selain mengelak daripada mengemukakan pelbagai tuntutan terhadap Pyongyang.

“Lavrov turut menyampaikan ucapan salam daripada Presiden Vladimir Putin kepada Jong-un dan mempelawanya untuk melawat Russia,” kata Kementerian Luar Russia.

Penganalisis pula berpendapat Korea Utara tidak akan menamatkan program nuklear negara itu, kecuali mereka memperoleh jaminan bahawa tiada usaha dari Amerika Syarikat untuk menggulingkan rejim pemerintah. – AFP

Related Articles

Leave a Reply