Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim berkata, kecemerlangan tersebut memerlukan kekuatan dalam satu angkatan.

“Hasrat Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu bahawa program melibatkan kebajikan anggota akan diteruskan seperti sebelum ini.

“Maka jangan risau hala tuju pendidikan, perumahan dan perubatan akam diteruskan seperti yang dihasratkan Menteri Pertahanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Warga PMTTD Bersama Panglima Tentera Darat di Perkarangan Masjid Solehuddin Al-Ayyubi, Kem Penrissen, semalam.

Panglima Tentera Darat beramah mesra dengan anggota PMTTD sempena majlis berbuka puasa di Kem Penrissen, Kuching, Sarawak

Yang turut hadir, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Wira Mohd. Zaki Mokhtar; Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen), Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw dan panglima-panglima formasi di bawah naungan PMTTD.

Pada majlis itu, Zulkiple juga menyampaikan sumbangan Tabung Zakat ATM kepada lapan masjid dan 10 surau di bawah naungan 1 Divisyen berjumlah RM16,000.

Tambah beliau, warga PMTTD juga diminta untuk melabur dalam skim pelaburan khas, Amanah Saham Zulu khusus kepada anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai inisiatif untuk meningkatkan taraf ekonomi golongan itu.

Katanya, skim itu dilihat memang dapat membantu warga tentera selepas bersara nanti.

Dalam pada itu, Zulkiple memberitahu, warga PMTTD juga diminta untuk memanfaatkan bulan Ramadan yang mulia ini bagi memperbanyakkan amalan dan ibadah.

“Saya juga ingin mengucapkan selamat menyambut perayaan Gawai dan Kaamatan akan akan diraikan pada 1 Jun nanti,” ujarnya.