Home Politik 72 beg, 35 beg berisi wang tunai pelbagai mata wang bernilai RM114 juta – Amar Singh

72 beg, 35 beg berisi wang tunai pelbagai mata wang bernilai RM114 juta – Amar Singh

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 25 Mei – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Seri Amar Singh berkata seramai 22 pegawai bank mengambil masa tiga hari bagi mengira 35 beg wang tunai yang dirampas daripada kediaman yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Kita rampas 72 beg dan 35 daripadanya mengandungi wang tunai dalam 26 mata wang,” katanya kepada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Amar berkata wang berkenaan dikira oleh 21 pegawai daripada Bank Negara dan seorang pegawai daripada Bank Islam.

Jumlah keseluruhan wang tunai adalah RM114 juta.

Nilai 37 beg yang lain yang mengandungi barang kemas dan jam masih belum dipastikan.

Pada 18 Mei lalu, polis merampas 72 beg dan 284 kotak beg berjenama dari kediaman di Pavilion Residences, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Amar berkata gambar yang tular di media sosial yang didakwa memaparkan barangan rampasan adalah palsu.

Amar menggesa agar semua pihak tidak menyebarkan gambar palsu berkenaan.

Semalam, Umno mendakwa wang tunai berkenaan adalah baki dana kempen pilihan raya yang sedang dalam proses untuk dipindahkan kepada kepimpinan baru susulan peletakan jawatan Najib sebagai presiden.

Related Articles

Leave a Reply