Home Semasa SPRM serbu rumah dan pejabat Pengerusi Tabung Haji

SPRM serbu rumah dan pejabat Pengerusi Tabung Haji

by Nurulhuda

KANGAR, 23 Mei – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan serbuan ke atas rumah dan pejabat Ahli  Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim pagi tadi.

Serbuan melibatkan ibu pejabat dana itu di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dan berjaya merampas pelbagai dokumen serta wang tunai lebih setengah juta ringgit.

Dipercayai serbuan serentak juga berlaku di beberapa lokasi di Baling, Kedah dan Subang, Selangor.

Siasatan SPRM melibatkan salah guna kuasa dan penyelewengan milik dana tabung tersebut sejak Azeez menjadi pengerusi beberapa tahun lalu.

Menurut sumber SPRM, serbuan itu dilakukan bagi membantu siasatan berhubung lantikan kontraktor melibatkan projek seliaan Tabung Haji.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply