Home SemasaGlobal Turkey boikot barang Israel

Turkey boikot barang Israel

by Noor Sheila Amin

ISTANBUL, 23 Mei – Presiden Recep Tayyip Erdogan memberi petunjuk Turki mungkin mempertimbangkan larangan import beberapa produk Israel berhubung pembunuhan penunjuk perasaan Palestin oleh tentera rejim Zionis di sempadan Gaza, lapor media semalam.

Erdogan, yang berkempen untuk pemilihan semua Jun ini, minggu lalu menjadi hos kepada pemimpin Islam yang mengutuk keganasan di Gaza dan pembukaan kedutaan Amerika Syarikat di Baitulmaqdis.

Bercakap kepada wartawan dalam penerbangan pulang dari Bosnia Ahad lalu, Erdogan berkata Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang dianggotai 57 negara mencadangkan boikot dikenakan ke atas barangan Israel.

“Saya harap negara anggota OIC melaksanakan keputusan boikot itu selari dengan cadangan.

“Akibatnya, tiada lagi produk dari situ. Kita akan menilai keadaan ini dengan cara sama,” akhbar Hurriyet melaporkan Erdogan sebagai berkata.

Deklarasi oleh OIC Jumaat lalu mengulangi desakan bagi negara lain mengharamkan produk penempatan haram Israel memasuki pasaran mereka, merujuk kepada barangan dikeluarkan di Tebing Barat dan Golan Heights.

Ia tidak mengenakan larangan ke atas semua barangan Israel.

Deklarasi juga mendesak sekatan ekonomi ke atas negara, pegawai, Parlimen, syarikat dan individu yang mengikut jejak AS dan memindahkan kedutaan ke Baitulmaqdis. – Reuters

Related Articles

Leave a Reply