Home SemasaGlobal Kren tumbang di kota suci Mekah

Kren tumbang di kota suci Mekah

by M.Daim

MEKAH, 21 Mei –  Sebuah kren kecil tumbang berhampiran Masjidil Haram, Mekah. Kejadian yang berlaku semalam menyaksikan sebuah kren kecil menyembah bumi.

Insiden tersebut menyebabkan seorang pemandu kren cedera ringan. Walaupun begitu, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan berlaku pada pihak jemaah yang hadir ke Masjidil Haram.

Para pekerja sedang memeriksa lokasi kemalangan. Kemalangan berlaku di luar kawasan pergerakan jemaah. Foto: Twitter

Kejadian tersebut berlaku di bahagian luar Masjidil Haram dan tidak melibatkan sebarang ruang solat mahupun laluan jemaah solat dan umrah.

 

Related Articles

Leave a Reply